Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang mulia kepada pembaca . Kejayaan yang dikecapi bukan mudah kerana memerlukan daya saing dan kekuatan diri yang tinggi untuk melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. Syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya.
Kepada yang hendak berhari raya di kampong, berhati-hatilah ketika memandu semoga anda selamat sampai ke destinasi dan ingatlah kepada keluarga tersayang.
Saya selaku pengendali blog ini juga ingin meminta maaf jika terdapat kesilapan. Kita sebagai manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan oleh itu marilah bersama-sama bermaafan sempena bulan yang baik ini.
Membakar lemang di hadapan titi
Hendak dimakan di pagi Aidil Fitri
Nak hantar surat Posman dah cuti
Hanya di blog sahaja dapat ku beri
Nak hantar surat Posman dah cuti
Hanya di blog sahaja dapat ku beri
Hari Raya usah bersedih hati
Ampun dan maaf sesama sendiri
Maaf bermaafan sudah disambut
Jangan ada terguris di dalam hati
Bulan barakah sudah disambut
Terus beramal ingatkan mati
Bulan barakah sudah disambut
Terus beramal ingatkan mati
Bulan Syawal mari disambut
Tingkatkan iman jangan dinanti
Bulan Ramadhan hampir berlalu
Bulan Syawal menjelang tiba
Puasa enam bukan selalu
Pahala datang bertimba-timba
Puasa enam bukan selalu
Pahala datang bertimba-timba
Ibadah sunat memanglah perlu
Patuhnya kita sebagai hamba
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ....MAAF ZAHIR DAN BATIN....
Beraya lah dengan gembira....
Beraya lah dengan sederhana...
0 komen:
Post a Comment