Peningkatan ranking pasukan negara itu hasil beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa yang diatur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepanjang tahun ini.
Menurut ranking terbaru FIFA yang dikeluarkan semalam, Malaysia memungut tambahan tujuh mata selepas perlawanan persahabatan tersebut.
Bagaimanapun, kedudukan terbaik skuad negara tahun ini adalah pada Mac lepas iaitu di tangga ke-138, yang pada hakikatnya masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada 1993.
Menerusi kedudukan terbaru itu, pasukan negara kini setanding dengan negara seperti Singapura (145), Turkmenistan (146), Lesotho (147), Samoa (149) dan Equatorial Guinea (150) dan lain-lain yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan.
Pada kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada pada tempat kelima di belakang Vietnam (99), Thailand (122), Indonesia (142) dan Singapura (145).
Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-24 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-27 bulan lepas.
Sementara itu kedudukan teratas ranking dunia masih dipegang juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, diikuti Belanda dan Jerman daripada keseluruhan 203 buah negara.
sumber : Utusan Malaysia
0 komen:
Post a Comment