28 Jan - Juara bertahan, Kelantan mengekalkan penguasaan tangga teratas Liga Super apabila mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas pasukan tangga tercorot, Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad IV semalam.
Ketiga-tiga gol pasukan tuan rumah dihasilkan pada babak kedua melalui Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-46, Mohd. Badhri Radzi pada minit ke-72 dan Dennis Antwi pada minit ke-79.
Kemenangan semalam memastikan Kelantan kekal pada puncak liga dengan 13 mata selepas lima perlawanan.
Berikut video gol :
0 komen:
Post a Comment