[AFF Suzuki Cup 2012]Keputusan Malaysia Vs Laos


Harimau Malaya bangkit selepas kekalahan yang besar ke atas negara jiran iaitu Singapura pada perlawanan pertama dan menang ke atas Laos pada perlawanan kedua dengan keputusan Malaysia 4 - 1 Laos. Jaringan dimulakan pada minit ke 14 daripada pakar tendangan percuma Harimau Malaya , Safiq Rahim mudah menewaskan penjaga gawang Laos. Pemain Laos , Khonesavanh menyamakan kedudukan pada minit ke 39 apabila sepakannya terkena pemain pertahanan Malaysia dan melantun ke dalam gawang menewaskan penjaga gawang Malaysia , Farizal. 
Harimau Malaya bangkit pada separuh masa kedua denagan menambah jaringan daripada penyerang berbisa Malaysia , Safee Sali pada minit 66 hasil hantaran daripada Wan Zack Haikal . Pada minit 75 Wan Zack Haikal menambah jaringan untuk Malaysia dengan tandukan mudah dan pada minit 79 Malaysia menambah jaringan daripada Khyril Muhaimeen yang baru saja masuk menggantikan Safee Sali. Malaysia bakal bertemu Indonesia pada 1 Disember bagi menentukan kedudukan ke Separuh Akhir

Video jaringan Malaysia Vs Laos : 




0 komen:

Copyright © Portal Sukan Anda